Apr 20, 2012

Battlesheep! eh, Battleship lah!

Hai Assalamualaikum Salam Jumaat semua!!

semalam pendek ceritanya aku tengok Battleship Movie dengan Fara Fare Fari berduaan! haa, nama pon macam artis tapi die bukan artis, bukan sama sekali, HAHA! (harap2 die tak baca blog aku)

tengok dekat TGV Capsquare yang super sejukkkkkkkkk! tapi cerita ni dapat menghangatkan aku daripada kesejukan panggung tersebut (ok ni tipu) haha!

for the conclusion, kasi 4.5 star! pelakon dan jalan ceritanya bagussss!! saje je kedekut 0.5 star, jangan sokong cerita Omputih sangat! padahal kau lagi rela tengok cerita Omputih daripada cerita Melayu kan?! *TamparPipiGunaKalendar*



p/s : tak tahan godaan status2 rakan2 di dinding mukabuka asek hapdet "Battleship Best" cisdale betol! haha.

Apr 7, 2012

Draw Something

DADAH BARU! Draw Something (FREE) untuk IOS dan juga Android aje (kot) yang ada, hehehe. tangan canggung tak canggung boleh join main ni, seronok dan juga boleh asah bakat meneka serta bakat Engrishhhh. heheh!

Di sini aku tunjukkan sedikit screenshot daripada orang yang pandai melukis. yang buruk-buruk sikit tu taknak lah tunjukkan, tak baik aibkan orang, hahaha.




yaaa, orang yang sama punya lukisan. Aku hengat 'hubby' dia, Awih Klulu ja pandai lukis bah, Rina juga sama bah. Dia orang Sabah bah. ha ha ha

p/s : jeles orang ada bakat melukis ni. tapi rezeki diorang Allah bagi bakat tu kan kat diorang kann. syukur apa ada!!

Apr 6, 2012

Hot Dog

pada suatu petang di dalam kereta on the way balik rumah lepas kerja...

mak : adek, ada tengok dah ada kedai baru kat Daya Bumi?
aku : kedai apa mak?
mak : ape nama tu. nama kedai dia SATU SEMBILAN KOSONG SATU (1901)
aku : NINETEEN O ONE lah mak *tahan gelak*
mak : ohhh, haha! susah sangat sebut (sambil sengeh)
aku : hahahahaha, mak ni cute lah!
ayah : (sengeh-sengeh) cover letewww haha.

alang-alang, nak promote kedai hotdog 1901 baru bukak kat DayaBumi, tapi aku tak terai lagi. later k? later :D

Bukan Curi Tulang, Mengisi Masa Terluang Ajer

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua!! hari ni aku TERtonton cerita movie korea dekat office (sebab bos tak ada) hahaha! sorry bos I stab you from your back, muahaha!

ini semua @Tami Fara punya salah! beliau yang letak kan movie ni dalam pendrive saya, BOS!! *tuding jari ke dada eh ke arah @Tami Fara, hahaha

cerita korea ni nama nya You Are My Pet. hero dia CONFIRM jambu segala jambu, dan heroin dia cantik tak segala sangat. (ego taknak puji pompuan lain cantik, hehe) for the konklusi, cerita ni best! biasa lah cerita korea, jarang-jarang je jumpa yang tak best iye dak?

 lepas TAMMAT movie tu, ehhh ehhh dah pukul 11.30 lahhhh! cepat masa berlalu.. kalau buat task/kerja etc etc yang melibatkan mood serius, rasa jam tu main lari-lari anak dengan siput babi je. haha!

aku selit satu gambar cerita ni. satu sudeyhhhhh..

p/s : actually aku ikot contoh beberapa staff kat sini, err tengok movie.. tapi masa diorang tak ada kerja jela kan (backup company) hehehe

Apr 3, 2012

Gerimis Mengundang

Kamal Adli, hero malaysia kesukaan terbaru selepas REMY ISHAK, haha!

jangan tanya kenapa, jangan tanya, jangan! :P jangan pandang aku KAMAL, jangan! *pengsan*

hint :

p/s : thanks bakal abang ipar belanja ticket teater (belanja kewww, haha)

Apr 2, 2012

Ctrl + f it!

kalau lah dokumen kertas hardcopy bukan softcopy yang berlambak-lambak ni boleh Ctrl + f kan senang! kalau lah. kalau lah. rasa nak muntah tengok dokumen tebal macam mekap pengantin semalam!! (astagfirullahalazim)

best regards,
Rafiqa Nabeela the Pemalas.

One Month To Go!!

internship makin hari makin bosan!! (nampak beno pemalasnya)

tak sabar nak habis internship, nak rehat kejap. kejap je..! terjun air terjun, berenang-renang dekat kolam air panas! eksaitedddd!!

then sambung shortshem dan sambung the last longgggg year to go!! tak sabar nak graduate, nak dapat kerja bagusss bagussss (insyaAllah, amin) dapat gaji banyakkkk banyakkk dan bagi mak ayah duit poket tiap bulan (insyaAllah, amin)!!

come on Rafiqa! jangan malas, jangan lalai!!


p/s : memang hati aku tak lembut, kepala aku keras, degil, tak pernah cakap live aku sayang mereka, tapi aku sayang family aku. (font kecik sebab ego :P)