Mar 23, 2012

Test JPJ

wah Rafiqa, gila kentang kau harini post dua cerita. diulangi, DUA! eh sebab aku rindu nak menaip leww, can ha kan?

seperti tertera di tajuk utama, aku nak cerita pasal aku menduduki test JPJ. (jakun bagi manusia berumur 23tahun,hehe) back to the main point, hari rabu lepas aku mohon cuti daripada boss comel a.k.a Encik Fauzi untuk menduduki test JPJ buat pertamak kalik nya! perasaan aku? ehem, cool je. tada hal pon (kunon). tapi dah nak dekat gilaaaa giliran aku tu, jantung aku macam tengah main tali skipping, haa jantung aku la main skipping, bukan aku, hahaha! dapat bayangkan tak jantung tu main skipping? LOL.

tapi ALHAMDULILLAH! semuanya berjalan lancar sangat sangat! *senyummmmmm lebar-lebar*

p/s : motif utama nak cerita pasal ni adalah kerana...adalah kerana...errr, adalah kerana...Pegawai JPJ yang aku bawak dia untuk menilai aku (apa seyh skema ayat) ...HEMSEM! hehe. berdebar nervous hilang, tapi berdebar MACAM jatuh cinta datang, eh MACAM aje tau. haha!


haritu nampak kereta ni dekat IMKEDA, terus masuk list kereta idaman no berapa tah aku tak tahu. tapi aku tahu kereta ni dah lama (kot?)

sorry mengarut-ngarut! sekian Assalamualaikum! :)

No comments: