Jun 15, 2012

wish list.


currently addicted with this, rilakkuma bear!!

bear atas ni wish list jeee. nak beli sendiri kedekut, harap2 ada Prince Charming boleh bagi suprise hadiah kan ni. puiii, berangan jelaa T_T

tapi kenapa yang panjang?? setahu aku, kalau korang tahu laa.. rilakkuma ni tembam makhluknyaa? sebabnya.. aku nak yang panjang ni sebab nak bawak tidurrrrr, hehe. bayangkan seronok tak kalau dapat peluk rilakkuma panjang ni masa tidur? suami takdak lagi, peluk bear lah? haha hehe hihi.

p/s : aku tukar header. rilakkuma peek-a-boo :)

hai. long time no see.

hai assalamualaikum semua. let me explain kenapa dah lama Rafiqa tak update, hehe. eh takde orang nak tanya ponnnn -____-' suka hati lah!! :P

haritu konon nak tukar jadi sayarafiqa.blogspot.com.. tak payah search blog tu, tak wujud pon! hahahaueruytsdegerja. ehem ehem, err pastu aku tengok link advertisement nuffnang hilang, pastu kodek2 kat profile nuffnang aku pon tak jadi. hampa tahu? ;( wahaha.

lepas beberapa hari brainstorm seorang diri, aku pon decide tukar balik rafiqa-rafiqa.blogspot.com.. huahaha! buruk sikuuu nya rasaaaaa!

dah dah, kepada yang ada tertanya2, aku rasa mesti ada la sorang dua orang ke kann (nak sedapkan hati). tapi malu nak DM ke Message fesbuk kann. maka di atas tadi aku dah explain, hehe. and I'm back!!

banyak cerita tak update, tapi malas nak patah balik cerita lama pulak rasanya. nanti rajin2 aku update sekali panjang kesimpulan dia. ok ok?

here is my latest picture! hihi. cewah boleh muntah sekarang.

aku dan kakak aku, macam pernah nampak bukan? alaa, model We Colours tu. haha! ce like ce like.

sekian thank you dear readers :)

May 2, 2012

terima kasih daun keladi.

ada jugak orang sudi buat review pasal blog aku. walaupon terkedek-kedek je post cerita. terima kasih tuan blog Kalam Dari Pondok Tua!! :D


Apr 20, 2012

Battlesheep! eh, Battleship lah!

Hai Assalamualaikum Salam Jumaat semua!!

semalam pendek ceritanya aku tengok Battleship Movie dengan Fara Fare Fari berduaan! haa, nama pon macam artis tapi die bukan artis, bukan sama sekali, HAHA! (harap2 die tak baca blog aku)

tengok dekat TGV Capsquare yang super sejukkkkkkkkk! tapi cerita ni dapat menghangatkan aku daripada kesejukan panggung tersebut (ok ni tipu) haha!

for the conclusion, kasi 4.5 star! pelakon dan jalan ceritanya bagussss!! saje je kedekut 0.5 star, jangan sokong cerita Omputih sangat! padahal kau lagi rela tengok cerita Omputih daripada cerita Melayu kan?! *TamparPipiGunaKalendar*



p/s : tak tahan godaan status2 rakan2 di dinding mukabuka asek hapdet "Battleship Best" cisdale betol! haha.

Apr 7, 2012

Draw Something

DADAH BARU! Draw Something (FREE) untuk IOS dan juga Android aje (kot) yang ada, hehehe. tangan canggung tak canggung boleh join main ni, seronok dan juga boleh asah bakat meneka serta bakat Engrishhhh. heheh!

Di sini aku tunjukkan sedikit screenshot daripada orang yang pandai melukis. yang buruk-buruk sikit tu taknak lah tunjukkan, tak baik aibkan orang, hahaha.




yaaa, orang yang sama punya lukisan. Aku hengat 'hubby' dia, Awih Klulu ja pandai lukis bah, Rina juga sama bah. Dia orang Sabah bah. ha ha ha

p/s : jeles orang ada bakat melukis ni. tapi rezeki diorang Allah bagi bakat tu kan kat diorang kann. syukur apa ada!!

Apr 6, 2012

Hot Dog

pada suatu petang di dalam kereta on the way balik rumah lepas kerja...

mak : adek, ada tengok dah ada kedai baru kat Daya Bumi?
aku : kedai apa mak?
mak : ape nama tu. nama kedai dia SATU SEMBILAN KOSONG SATU (1901)
aku : NINETEEN O ONE lah mak *tahan gelak*
mak : ohhh, haha! susah sangat sebut (sambil sengeh)
aku : hahahahaha, mak ni cute lah!
ayah : (sengeh-sengeh) cover letewww haha.

alang-alang, nak promote kedai hotdog 1901 baru bukak kat DayaBumi, tapi aku tak terai lagi. later k? later :D

Bukan Curi Tulang, Mengisi Masa Terluang Ajer

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua!! hari ni aku TERtonton cerita movie korea dekat office (sebab bos tak ada) hahaha! sorry bos I stab you from your back, muahaha!

ini semua @Tami Fara punya salah! beliau yang letak kan movie ni dalam pendrive saya, BOS!! *tuding jari ke dada eh ke arah @Tami Fara, hahaha

cerita korea ni nama nya You Are My Pet. hero dia CONFIRM jambu segala jambu, dan heroin dia cantik tak segala sangat. (ego taknak puji pompuan lain cantik, hehe) for the konklusi, cerita ni best! biasa lah cerita korea, jarang-jarang je jumpa yang tak best iye dak?

 lepas TAMMAT movie tu, ehhh ehhh dah pukul 11.30 lahhhh! cepat masa berlalu.. kalau buat task/kerja etc etc yang melibatkan mood serius, rasa jam tu main lari-lari anak dengan siput babi je. haha!

aku selit satu gambar cerita ni. satu sudeyhhhhh..

p/s : actually aku ikot contoh beberapa staff kat sini, err tengok movie.. tapi masa diorang tak ada kerja jela kan (backup company) hehehe

Apr 3, 2012

Gerimis Mengundang

Kamal Adli, hero malaysia kesukaan terbaru selepas REMY ISHAK, haha!

jangan tanya kenapa, jangan tanya, jangan! :P jangan pandang aku KAMAL, jangan! *pengsan*

hint :

p/s : thanks bakal abang ipar belanja ticket teater (belanja kewww, haha)

Apr 2, 2012

Ctrl + f it!

kalau lah dokumen kertas hardcopy bukan softcopy yang berlambak-lambak ni boleh Ctrl + f kan senang! kalau lah. kalau lah. rasa nak muntah tengok dokumen tebal macam mekap pengantin semalam!! (astagfirullahalazim)

best regards,
Rafiqa Nabeela the Pemalas.

One Month To Go!!

internship makin hari makin bosan!! (nampak beno pemalasnya)

tak sabar nak habis internship, nak rehat kejap. kejap je..! terjun air terjun, berenang-renang dekat kolam air panas! eksaitedddd!!

then sambung shortshem dan sambung the last longgggg year to go!! tak sabar nak graduate, nak dapat kerja bagusss bagussss (insyaAllah, amin) dapat gaji banyakkkk banyakkk dan bagi mak ayah duit poket tiap bulan (insyaAllah, amin)!!

come on Rafiqa! jangan malas, jangan lalai!!


p/s : memang hati aku tak lembut, kepala aku keras, degil, tak pernah cakap live aku sayang mereka, tapi aku sayang family aku. (font kecik sebab ego :P)

Mar 23, 2012

Test JPJ

wah Rafiqa, gila kentang kau harini post dua cerita. diulangi, DUA! eh sebab aku rindu nak menaip leww, can ha kan?

seperti tertera di tajuk utama, aku nak cerita pasal aku menduduki test JPJ. (jakun bagi manusia berumur 23tahun,hehe) back to the main point, hari rabu lepas aku mohon cuti daripada boss comel a.k.a Encik Fauzi untuk menduduki test JPJ buat pertamak kalik nya! perasaan aku? ehem, cool je. tada hal pon (kunon). tapi dah nak dekat gilaaaa giliran aku tu, jantung aku macam tengah main tali skipping, haa jantung aku la main skipping, bukan aku, hahaha! dapat bayangkan tak jantung tu main skipping? LOL.

tapi ALHAMDULILLAH! semuanya berjalan lancar sangat sangat! *senyummmmmm lebar-lebar*

p/s : motif utama nak cerita pasal ni adalah kerana...adalah kerana...errr, adalah kerana...Pegawai JPJ yang aku bawak dia untuk menilai aku (apa seyh skema ayat) ...HEMSEM! hehe. berdebar nervous hilang, tapi berdebar MACAM jatuh cinta datang, eh MACAM aje tau. haha!


haritu nampak kereta ni dekat IMKEDA, terus masuk list kereta idaman no berapa tah aku tak tahu. tapi aku tahu kereta ni dah lama (kot?)

sorry mengarut-ngarut! sekian Assalamualaikum! :)

Steve Jobs Quotes


aku suka baca quotes, funny quotes, love quotes, life quotes etc etc. kadang-kadang untuk naikkan semangat aku yang tiba-tiba down, putus cinta ke? err..bercinta kewww :P (coverline takot mak baca, haha) then, thanks a lot kepada encik/cik Quotes! :)

macam mendiang Steve Jobs the man with super duper brilliant brain!! quotes beliau sangat mencengkam hati, hamboi ayat kau! by the way, enjoys!

"Design is not just what it looks like and feels like. Design is how it works"

"Innovation distinguishes between a leader and a follower"

"Sometimes life hits you in the head with a brick. Don't lose faith"

dannnnn banyak lagi korang boleh google sendiri ya!

sekian, thanks!

Mar 10, 2012

Rafiqa Suka Kasut Crocs

hello and assalamualaikum semuaaaa! kau bajet kau Maria Elena kah kah kah?!

sekian lama dalam menyepi kerana kesibukan sebagai wanita bekerjaya, aku kembali menaip-naip disini! hehe.
kali ni nak cerita pasal KAKI dan KASUT!

Melah : kenapa dengan KAKI?

Senah : kita kena JAGA kaki kita selagi kita ada kaki.

Melah : kenapa kena jaga kaki pulak?

Senah : sebab kaki membolehkan kita pergi kerja, pergi sekolah, pergi jogging, pergi makan etc etc.

Melah : ohhh, yeke?

Senah : eh Melah, kasi rapping sikettt!!

Melah :  Sesaat kau datang sesaat kau hilannggggg~ yo yo!

Senah : whoaaaa O_o

Melah : ok ehem ehem uhuk ! haa, apa kaitan pulak KAKI dengan KASUT?

Senah : KASUT kena selesa. dalam kasut kena ada SPAN(?). barulah rasa macam jalan atas awannnn! haha.

Melah : SPAN? -___-' ok, thanks Senah. lepas ni aku nak pergi Mid Valley, beli kasut CROCS!hehe.

apakah motif cerita tak best di atas ni? motif nya aku nak cerita baru beli kasut CROCS baru!! (OO) *idung kembang2* wee waa woo~ alhamdulillah, rezeki lebih :) hehehehe!

Feb 14, 2012

Kenapa Perempuan TAKUT SANGAT Gemuk?

semua perempuan tak kira adik-adik sekolah, kakak-kakak kolej, ibu-ibu semuanyaaaaaaaa (nada inul) mesti takut gemuk! INCLUDE aku sekali, hehe! why diz happen to women? sebab wanita ada nafsu untuk jadi kurus!! kenapa nak kurus?? sebab wanita ada nafsu untuk menjadi cantik!ha ha ha.

back to our main topic (pelat2 rusia sikit), kenapa perempuan takut GEMUK?

1) sebab taknak kena ejek dengan kawan-kawan 'gemok gedempol tendang masuk gol'
2) sebab taknak jalan hayun-hayun! (pengalaman live di office) *istigfar*
3) sebab nanti malu kena pergi beli baju bahagian XXL atau PREGNANT di pusat beli dan blah? -___-'
4) sebab takut superman tak larat dukung, alolo kesiann superman!!
5) sebab kalau upload gambar boleh dapat like seribu++

tak kesah lah kita gemuk ke sederhana gemuk ke kurus sangat ke sederhana kurus ke? yang penting hati tak busuk, hati tak busuk, orang sayang, bila orang sayang hati kita tak busuk. PROUD TO BE YOURSELF! and I REALLY PROUD TO BE MYSELF! syukur Alhamdulillah! :D

proud sangat sampai gambar boleh resize membesar sendiri!

Feb 1, 2012

Hari Jadi Family hujung2 january!

happy birthday AKAK a.k.a KAKAK IPAR yang ke dot dot dot :p


Happy birthday Muhammad Umar a.ka anak buah no2 yang superrr CERDIK!haha

Jan 23, 2012

INTRA sem6/2012

selama 4 bulan aku akan menaburkan bakti aku di ICT Department, Pos Malaysia Berhad WPKL berBOSkan Encik Fauzi yang superrrrrrrrrrrrrrrrr CUTE! semoga dapat belajar benda baru yang selama belajar lama kat UniKL aku tak belajar. ha ha. dah seminggu dan aku dah belajar BANYAK benda baru!! semoga dalam tempoh EMPAT BULAN ni aku akan dapat berubah menjadi insan yang lebih BERILMU PENGETAHUAN! insyaAllah :)

-workmate-

p/s : ado sorang agi budak unikl practical situ. tapi tak bertegur. aku kenal awek lu, lu tahu? ha ha. (nada mak bedah)

Jan 6, 2012

poem

treat me like an invisible
see me like a microoganism
tiny me, ignore me.

*berpoem version English even broken*

Jan 4, 2012

happy birthday

ucapan birthday untuk tiga orang, jimat ink siket!! haha. dengan ucapan semoga umur panjang murah rezeki dan happy sokmo!!

happy birthday abang apis my bro in-law - 2 januari (tak letak birthday abg apis ni kang bini dia terasa lak)haha

happy birthday Nabila Farhana my best ever best friend since form 3 - 3 Januari

happy birthday Kak Hanim (kawan baik kakak aku yang paling rapat) - 4 Januari