Dec 31, 2010

cara tambah emoticons di shoutmix

wah wah, macam hebat sangat je Rafiqa nak buat tutorial! haha
**gelak kan diri sendiri pfttt**

1) log in account ShoutMix anda, pergi ke bahagian settings dan cari SMILEYS.

akan keluar macam ni. KLIK KLIK!

2) cari emoticons yang mahu di tokok tambah. contohnya macam kat sini!

nampak menarik bukan? KLIK DI GAMBAR!

atau suka emoticons YM?
haa, KLIK LAGI!

3)  kemudian anda pilih emoticons yang berkenan di hati. 
copy URL emoticon tersebut
(contoh : http://l.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/1.gif). 
kemudian paste URL tersebut ke dalam ruang penambahan SMILEYS di ShoutMix settings tadi.

contoh macam aku buat ni :
KLIK GAMBAR untuk kanta besar!

4) selesai langkah ke-3, Save Settings and DONE!

notakaki : limit untuk penambahan emoticons ialah 10 sahaja. pilih yang TERBAEK dan Selamat Mencuba! hehe

Dec 30, 2010

kreatifnya umat facebook

sejak facebook berupa Profile Baru baru baru ini,baru aku sedar kawan-kawan aku ni ramai juga yang kreatif inovatif sensitif juga! haha.


yang 1st ni kakak aku punya (bukan dia buat) haha
yang 2nd ni ehem2, abang wan punya.
kalau korang perasan, dua profile ni saing berkaitan.
apekah hubungan mereka sebenarnya?? hahaha

jangan terpedaya dengan ROS MAT ARIS itu, hoho!

ni aku google, cina mane tak tahu. cantek :)

status warganegara tak dapat di kenal pasti, haha!

tengok mata pon dah tahu dia tengah senyum, haha! >.<

pemain bola sepak berkungfu.

from my hero, STEPHEN CHOW.
lets cekcekidout!

**sila pause music player di bawah dahalu, hehe!**

Khairul Fahmi bakal bertunang

walaupun aku tak tengok perlawanan tu semalam, tapi suara lantang ayah jerit "GOALLLLLLL!!!!!" suda dapat membayangkan Malaysia menang dengan jayanyaa.. haha!
CONGRATS MALAYSIA!!

wah wah Rafiqa..
first time buat post pasal LELAKI wehh. hehe

kecoh lah sekarang cerita pasal ini mamat. (lagi lagi kaum wanita)
Khairul Fahmi Si Goal Keeper Team BolaSepak Harimau Malaya.

tapi adakah korang tahu?
eh mesti da tahu punya, cerita pasal dia ni da macam box office plak, haha!
haa, korang tahu kan si mamat keeper ni dah ade BINI ! *sengaja tokok tambah cerita har3
eh eh salah, dah ada kekasih hati! geget jari lah peminat peminta beliau, ekeke.

" OUT YOU GO BITCH! NO NEED TO NGORAT ME!! "
** amboi marahnya, hehe **

notadibawah : sori kena tipu oleh title, hihi!

Dec 29, 2010

Penjenayah Dunia Handphone

hari tu aku ade terbaca kat Oh! Media kot pasal ni.
malam semalam, aku dengan niat stalker mesej phone kakak aku telah menjumpai mesej ini!
SAKSIKAN!




**cantek tak aku conteng conteng? har3 **

so, PLEASE BE BERHATI-HATI wahai umat manusia!
PENIPUAN, JENAYAH etc dll kini ada di mana-mana!

Dec 27, 2010

si handsome

tengok lah kanak-kanak zaman sekarang..
tak tahu lah macam mana tabiat pemakanan mereka sampai bole jadi muka sehandsome ini!!
I wish I was a kanak-kanak now, hehe *broken brokennn







*korek korek mata ini budak, makang budak!

Header Buatan Sendiri

pengumuman pengumumumumannn!
hari ni aku memang dah tak macam aku.
rajin sangat aku buka photoshop dan buat HEADER!
OHH EMM GEE!!
*pengsan jap kat peha Lee Dong Wok (HAHA)

this is the first time ever!
haa, dah keluar broken english diaaaa
hehehe..

terdapat beberapa cubaan membuat header.
hasil tak memuaskan, aku cuba dan cuba lagi!

1st, yang ni :
**TOLONG GELAK haha


2nd jadi camni :
**cubaan menggabung FAILED!

Last :
**memang tak cantik, tapi COMEL je bagi aku (syiok sendiri) haha

sila puji atau maki aku, sekian thank you!

Dec 26, 2010

tag daripada 'kite' hehe

adakah anda rasa anda hot?
suam lebih elok kot, sebab dilanda batuk selsema :D

update wallpaper yang anda pakai sekarang


cerita about this wallpaper
sebab comel, main cak cak! hehe

kali terakhir makan pizza?
semalam!

lagu terakhir yg anda dengar?
Keroncong Kebulur by Lagu Perot

emm, bukak muka buku?
selalu muka buku, baca buku tambah ilmu. walaupun muka buku, haha

selain dgn nama sendiri anda dipanggil dgn nama ape?
malu lah nak sebot sini >.<

tag lagi 5 orang
Nadhirah
Zubaidah
Iszee
HanaFauzan
Meikato (HAHA)

sape no.1 dgn anda?
sepupu!

katakan sesuatu pada org no.5
update pentas opera sekarang! *macam rajin plak die ni har3

no.3 ade hubungan dgn siapa?
keling asli har3!

bagaimana pula dgn no.2?
tak tahu lah, die ni hot ramai peminat! :P

katakan sesuatu pada no.4?
blog hana awesome! hehe

berikan fakta yg anda tahu tentang org yang anda tag :)
Nadhirah - fresh dari oven Sekolah Menengah!
Zubaidah - 'comel' dari segi ketinggian, hehe
Iszee - kawan baik Encik Bakhtiar, hahaha!
HanaFauzan - pandai buat tutorial kat blog.
Meikato - bakal berkahwin 2 tahun lagi, hahaha!

toche moche Aqilah Arshad!

contest cari ayam!

1st time menceburkan diri di alam contest, har3!


wahai ayam ayeem, kembali lah kembali lahhhh!

Kelabu : J
Ungu : K
Oren : H
Hijau : M

Slogan kata :
Ayam-ayam ayeem menghilang kerana telah disorok oleh mambang ayam! harharhar
*slogan bole campur gelak ke? hehe

Calon-calon pencabar ayam seterusnya ialahhhhhh :

font warna merah bermaksud amaran keras ok! har3

Dec 25, 2010

badan montok dalam masa seminit

ingin kan badan menawan seperti Angelina Jolie, Lisa Surihani, Scha AlYahya atau Zila Bakarin?
kini impian anda akan jadi kenyataan!!!
dapatkan produk ini di complex membeli belah berdekatan anda SEKARANG! YES! NOWWWWWWWWWWWWWWWWWW!


aww, sexay gituuuu!
hehehehe, jangan marahhhhhh :)

khas untuk budak kicik

BIODATA
Nama : Nurul Akmal Bt Kamarolzaman
DOB  : 3rd September 1989
Alamat : Lorong (nama tokoh cina), Taman Desa Baiduri.
Kemahiran : jerit-jerit, gedik-gedik, gelak-gelak, joget-joget, tidur-tidur, pelok-pelok dan yang terbaru mekap-mekap! haha
Pendidikan : UPSR, PMR, SPM, STPM dan Fisioterapi
Ketinggian : dari darjah 6 sampai sekarang dengan ketinggian yang konsisten :P
Berat : ikut mood, HAHA!

ucapan :
semoga saya dapat kahwin dengan orang yang saya cinta, amin!
 **senyum gedik2
terima kasih bagi saya tulis biodata kat buku awak yang kiut miut nih! ;)

saya sertakan gambar kita bersama :

------------------------------------------------------------------------------------------

haa, korang mesti teringat zaman sekolah dulu.
beli satu buku kosong comel comel..
pastu pas pas kat kawan kawan suro buat biodata ikut kreativiti sendiri! haha

post ni khas untuk kawan baik saya since form4.
dia nak pegi posting kat Kelate nuhhh..
kirim budu sedozen kayh! haha
rindu lah aku kat kau nanti babe! :(
take care, jaga makan, jangan tinggal solat dan jangan lupa exercise! haha
LOVE YOU MUAH2!

**dah tak budak kicik sangat da skg ni, SAKAN bercinta lah katakan, har3!**

Dec 24, 2010

drama telor

ni bukan blog telordibasuh yer, haha!
tadi google google (hobi baru), keluar gambar ni.
comel dan lucu gituuuu :D

acara lompat telor

pembunuhan kejam telor

spa telor

telor koboi

telor perokok tegar "i'm cool bebeh"

suicide -____-

antara dendam dan cinta, ewahh!

**teringat seseorang pernah buat Story Board pasal KACANG ! har3 comel je :P

nangis dapat award


ucapan :

Terima kasih kepada mak ayah adek beradek anak buah kawan-kawan dan peminat (jika ada)  kerana telah memberi sokongan yang tak terkira! isk isk isk
hentikan lakonan wahai Rafiqa *ketuk bibir guna deodorant*

thanks to HAZIQAH RAMLI sebab bagi award ni, hehe!
sori malas jawap soalan hehehe hohoho hihihi itu yaaa :P

pemenang award ni seterusnya ialah errr (malas sebenarnya) hehe
colan colan nya ialahhh :
1) Alang
2) Ucucu
3) Kinot
4) Aqilah
5) Imanto
7) Ikako

JUON taip taip

cukup seram tak hantu Jepon sekarang da pandai cakap melayu?
har har har!

 *klik di gambar

aku ade terbaca kisah tuan blog di atas ni dok maki hamun satu blog ni.
mari saksi kan kisah JUON atau nama manja nya JU ini DI SINI

JANGAN BIAR KAN BLOG ANDA DISELUBUNGI JUON MELAYU~ HAR3!

Dec 22, 2010

petua menghilangkan sakit tekak

setahu aku, sekarang ni musim sakit tekak.
semalam pegi klinik, doktor pon cover2 macam tak saket tekak (ok tipu) haha.

menurut seorang kenalan dekat UNIKL..
dia kate kalau saket tekak makan ice cream sundae cone kat MCD.
tak payah letak topping hape hape!

yang plain ice cream!
RM 1.05 sahajaaa
mari mari marii~
jangan cari kedai lain, MCD sahaja ok!

selamat mencubaaa :)

YUMMY!!!

Dec 18, 2010

paper doll

masih ingat zaman kanak2 korang?
tak mampu beli barbie yang bertubuh badan hampir real, beli paper doll badan nipis pon jadilahh hehe!

ni Japan version kot

ni versi half naked
oii, katon jelaa, takde nafsu! haha

untuk golongan 'chubby' hehe
alolo masyam nye muka doll ni~

ni mungkin ade kat Malaysia, terforgot lahh -__-

alamak aih, comelnyaaa!

ni laki punya, agak2 gatal tu bercinta dengan paper doll versi laki ajelah har3

bruce lee punya, watchaaaa!

and the last one, wallpaper paper doll.
addicted sangat! hee

Dec 17, 2010

ketagihan ctrl v

jari jemari aku perlu dioperasi.
di syaki mempunyai penyakit tekan mouse
SERTA penyakit CTRL V yang marabahaya!

ecekli ikan keli, da lama start berTumblr ni.
dan dan time cuti sem ni datang kerajinan nak post banyak banyak banyak!




jangan lupa cekik cekidout okeh!

Dec 13, 2010

Dec 12, 2010

mihun goreng hostel perempuan

tiba tiba teringat zaman sem2 dulu.
duduk hostel Jalan Tanduk, bersama rakan rakan seperjuangan.

untuk korang tahu, aku pernah jual mihun goreng + nugget + sosej + french fries ++ dari tingkat ke tingkat diulangi dari tingkat ke tingkat hostel tersebut!! *tona penegasan

**dari pondok pak guard, hingga ke tingkat 6 (kot) lupaa, haha!

memang muka tembok batu konkrit abes lah aku time tu!
juga tak pernah kenal erti penat serta putus asa, ewah2

TETAPI akhirnya dapat juga lah serba sedikit ongkos nyaa, hehe ($.$)
belajar dari pengalaman, seronok dapat duit hasil titik peluh sendiri!

credit to my boss *mintak ampun boss haha

Dec 11, 2010

penyakit kedip kedip mata


eh eh, kenapa lah mereka ni comel comel belaka?
mulai sekarang, nak practice kedip kedip mate + buat reaksi muka comel macam mereka.

ish3, DUNIAWI sungguh!  ekeke keke

indahnya sebuah perkahwinan

eh kau ni da gatal nak kawen ke Rafiqa!!bulls**t !
*tunjuk jari second last*

tadi, tiba tiba jumpa gambar ni.
kalau kahwin nanti buat photoshoot begini agak menarik juga yer? haha
GREATTTTT WALL OF CHINA kot..aiseymen!


actually probability mostly happily, nak promote website ni.
HAHAHA haa, tekan link HAHAHA berwarna merah tu!
bukan tak serious nak promote, saje ngada cubaan nak buat lawak har3!

Dec 10, 2010

anak anak fruit

kali ni nak cerita pasal anak2 fruit saya.
bukan untuk di makan yer? haha.

1st ialah Qaisara Raihanah
2nd ialah Muhammad Umar
3rd ialah Nurul Iman
4th otw! *tunggu peah kawen* hahaha

1) ini dia cucu sulung harapan keluargaaaa!
comel, cantek, mata besar, putih. ececeh!
sekarang ni Hanah kat wad.
demam, selesema then ada infection (bak kata along) hee.
moge Hanah cepat sembuh yer?!
Hanah kan kuattttt! :)

HELLO DOCTOR, SAYA LARI DARI SPITAL. K BYE!

2) Umar ni aku jaga sempena cuti semester, kerja part time :P
nakal? confirm!! barulah anak jantannnnnnnnnn :P
yang ni pon baru baek demam, same je sepupu dua orang ni!
ini budak haa..kalau dapat main kat padang permainan, sampai nangis terok taknak balik umah, ish3!

JERIT MACAM SAYA, HIYARGHHH!

3) ini budak paling kicik dalam rumah.
Nurul Iman!
haa, korang macam pernah dengar je kan name ni.
alaa, kan ade lagu nasyid tuuuu. pi pi YOUTUBE! :P
budak kicik ni sangat berdikari!
mak ayah pergi kerja, die dok kat nursery sorang2.
bagos bagosss haha.

APE TENGOK2!